Saturday, August 07, 2010

PERLOMBONGAN PASIR

Pengenalan
Pengambilan pasir dari sungai-sungai adalah satu aktiviti yang telah lama di jalankan. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalan raya. Pasir juga banyak digunakan untuk kerja-kerja tebus guna tanah. Sumber pasir yang paling banyak dan mudah didapati ialah dari dasar sungai-sungai yang terdapat di negara ini.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk untuk mengeluarkan bahan pasir dari sungai. Antaranya ialah:

a. Menggunakan kapal korek


b. Menggunakan pam dan pontun

c. Menggunakan jengkaut jenis ‘dragline’ atau hidrolik

d. Menggunakan tenaga manusia dengan alat penyedok dan sampan.

Namun begitu, kaedah yang terakhir iaitu menggunakan tenaga manusia adalah tidak relevan untuk penggunaan pasir dalam jumlah yang banyak. Kaedah yang paling popular adalah dengan menggunakan pam dan jengkaut manakala penggunaan kapal korek hanya digunakan di bahagian kuala dan sungai-sungai yang besar sahaja.

Walaubagaimanapun, aktiviti ini menimbulkan masalah sehingga menjejaskan alam sekitar. Antara kesannya ialah:
  • Hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai. Akibat daripada itu, ia akan menjejaskan hidupan akuatik yang terdapat didalamnya.

  • Perubahan terhadap regime sungai. Sumber mineral negara seperti batu, tanah dan air turut terjejas.

  • Halangan ke atas aliran sungai. Sungai akan menjadi dalam dan sistem pengaliran sungai akan menjadi deras.

  • Gangguan kepada pergerakan pengangkutan air. Ini kerana, apabila tanah dikorek untuk mendapatkan pasir di dasar sungai, struktur dasar sungai akan menjadi lemah dan bila-bila masa sahaja ianya boleh pecah.

  • Kerosakan ke atas persekitaran sungai.

  • Kemerosotan kualiti air di hilir sungai. Sumber tadahan air akan tercemar dan ini akan memberi kesan terhadap manusia yang menggunakan air tersebut.

  • Mendapan di bahagian saluran pengambilan air dan lain-lain struktur sungai di hilir.


Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia


Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) adalah satu badan kerajaan yang mana mengurus sumber air, lembangan sungai, risiko banjir dan zon pantai bagi mencapai kelestarian alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup. Maka dengan itu, JPS telah menetapkan beberapa syarat untuk para pelombong untuk dipatuhi. Antaranya:
  1. Memastikan sungai dilindungi dari hakisan termasuk dasarnya.

  2. Mengelak gangguan kepada kerja pengendalian dan penyelenggaraan sungai oleh JPS atau agensi-agensi lain.

  3. Tidak akan menghalang air sungai dan pergerakan pengangkutan air.

  4. Dapat mengelak atau mengurangkan mendapan pasir di hilir sungai
  5. Dapat memelihara rejim dan persekitaran sungai

  6. Tidak akan mencemarkan kualiti air sungai sehingga boleh membahayakan hidupan sungai dan manusia.

ISU PERLOMBONGAN PASIR DI SELANGOR

Terdapatnya pelbagai isu berkenaan dengan perlombongan pasir secara haram di negara ini. Salah satunya ialah yang berlaku baru-baru ini iaitu perlombongan yang dilakukan kira-kira 50 meter daripada taman rekreasi Paya Indah Wetlands di negeri Selangor. Ianya antara projek yang dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Walaupun KSSB mempunyai permit yang sah namun begitu, ianya menjadi suatu isu lantaran lokasinya yang terlalu hampir dengan taman Paya Indah Wetlands.
Perlombongan pasir ini dikhuatiri akan memberi implikasi negatif kepada ekosistem dan alam sekitar jika ia dikendalikan tanpa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Isu ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ini melibatkan masa depan alam sekitar dan juga habitat flora dan fauna. Maka dengan itu, ia perlu dikaji sedalam-dalamnya sebelum kata sepakat diambil demi kepentingan alam sekitar dan makhluk yang menghuninya.

Kegiatan perlombongan pasir yang dijalankan memberi kesan sampingan seperti pencemaran air, udara dan bunyi. Ini memberi implikasi yang tidak sihat kepada persekitaran hidup mereka. Jika kegiatan ini dibiarkan, ia akan menjejaskan tahap serta kualiti kesihatan penduduk sekitar ekoran terdedah kepada habuk, debu dan sumber air yang tercemar.

Malahan, pencemaran air, udara dan bunyi yang berpunca daripada jentera melombong serta mencuci pasir juga akan turut mengancam habitat burung air yang menjadi tarikan di taman rekreasi tersebut. Selain itu, bunyi bising daripada jentera pengorek pasir akan menyebabkan berlakunya migrasi unggas ke tempat lain. Ianya memberi implikasi buruk lantaran keunikan taman semakin terhakis dan kekayaan spesis yang kian berkurangan, juga mengancam spesis kehidupan liar lain yang menghuni taman tersebut. Keadaan ini sekaligus meletakkan spesis-spesis dalam situasi bahaya. Lebih buruk lagi, hidupan liar ini akan diancam kepupusan. Apabila ianya berlaku, matlamat awal penubuhan pusat ini, iaitu untuk menjadi pusat ekopelancongan utama di Malaysia akan gagal. Ini akan memberi implikasi ekonomi yang besar kepada negara.

Selain daripada memberi kesan negatif terhadap spesis hidupan liar, aktiviti tersebut juga mempunyai kesan yang serius ke atas bentuk muka bumi. Sebagai contoh, aktiviti ini berkemungkinan akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil yang mana boleh mengakibatkan tanah runtuh dan jerlus. Jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, ini akan meninggalkan lompang besar yang sukar dipulihkan. Untuk proses pemulihan pula memerlukan belanja yang besar yang mana akan mengakibatkan kerugian kepada negara. Beribu-ribu spesis tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana populasi mereka adalah terlampau rendah akibat daripada aktiviti manusia. Maka dengan itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin perlu menjaga kebajikan dan keharmonian alam sekitar kita kerana kita hidup di muka bumi ini sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memakmurkan alam ini.





Posted by: Nur Amalieni Bt Abu Kasim (207367)

2 comments:

PIONEER ENTITY ANUGERAH KAYA MAJU said...

Ruj KEULULUSAN EIA: JPAS/PP/BFT/600-1/04/3/250. Sika semak lesen saya yang beralamat di Kg.Limbawang, Beaufort. Hubungi saya untuk tunjuk ajar mcm mana cara untuk dapatkan export license. TQ

01139850313
muhd nasrullah hafiz

PIONEER ENTITY ANUGERAH KAYA MAJU said...

Saya mempunyai 6 orang anal dan seorang isteri. Saya mendapati banyak SubCon sudah yang saya berjumpa sambilantsambilan tu mereka yeah mengambil Gambar kelulusanmekeululusan saya. tujuan saya sebenarnya adalah untuk mencari operation SubCon utk operate site saya di kg.Limbawang, Beaufort. Saya risau mengenai perlesenan saya disalahguna oleh SubCon yg saya dgn isteri saya pernah jumps utk berbincang ataupun telah memberikan offer letter juga. Jikalau benar keululusan saya disabotaj ataupun dipalsukan oleh sesiapa siapa, apa tindakan yang saya harus lakukan?