
Pendahuluan
Semula jadinya, bumi semenangnya menerima segala bebanan pencemaran udara yang telah dicemarkan oleh sikap manusia yang tanpa memikirkan keburukan tentang pencemaran. Selain itu juga, bumi juga boleh tercemar dari kejadian alam semula jadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan yang berpunca dari panahan petir dan sebagainya. Pada hakikatnya, bumi sebenarnya mempunyai cara semula jadi untuk menandatangani segala percemaran namun tidak dapat dibendung lagi.
Ini kerana sikap manusia yang angkuh dan taksub untuk mengejar keuntungan dan juga hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku apabila mengabaikan tannggungjawab menjaga alam sekitar. Manusia menjalankan aktiviti perindustrian yang menjadi elemen yang paling dalam menyumbang pencemaran udara. Pelbagai punca yang boleh memyebabkan wujudnya isu pencemaran udara. Sebenarnya, pencemaran udara terhasilnya dari bahan yang berkaitan dengan bahan biologi, zarah jirim atau bahan kimia.
Pencemaran boleh dikelaskan kepada dua bahagian. Ia boleh dikenali sebagai pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran udara pada kebiasaanya melibatkan perkara yang berkaitan dengan sumber gas atau bahan-bahan kimia yang telah dilepaskan ke ruang uadara dengan sewenang-wenangya tanpa memikirkan kesan disebaliknya.
i) Pencemaran primer
Pencemaran Primer adalah satu pencemaran yang telah dihasilkan melalui sulfur monoksida dan karbon monoksida daripada satu tindakan pembakaran yang tidak lengkap. Justeru itu, ini menyebabkan segala zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan sekaligus telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pada kebiasaanya, punca pencemaran primer ini berlaku daripada tindakan yang melibatkan ekzos kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas dan lori.
ii) Pencemaran skunder
Pencemaran sekunder adalah satu pencemaran yang dihasilkan melalui tindak balas dari sulfur dioksida yang bercantum dengan wap-wap air yang berada diudara. Pencemaran sekunder ini selalunya terjadi apabila sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida ia memerlukan karbon monoksida dan juga sulfur monoksida kedua-dua bahan ini juga terdapat dari pencemaran primer. Sebagai contoh apabila sulfur monoksida, sulfur dioksida dan wap air bergabung ini akan menwujudkan satu lagi unsur yang lain iaitu unsure asid sulfurik. Anda sedia maklum bahawasannya asid akan memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan manusia.
Punca-Punca Penyumbang Terhadap Pencemaran Udara.
Sudah menjadi kebiasaanya pada setiap masalah yang berlaku pastinya ada punca atau penyumbang yang telah menimbulkan sesuatu masalah tersebut. Sudah pastinya isu pencemaran udara ini tidak terlepas juga daripada membincangkan punca-puncanya, dari mana ia berlaku, salah siapa, siapa yang bertanggungjawab dalam kemelut pencemaran ini. Jadi disini saya akan berkongsi bersama-sama anda dari mana datangnya punca-punca sehingga berlaku pencemaran udara. Punca-punca pencemaran udara, antaranya:
1- Aktiviti Perindustrian Dan Pembangunan

2- Kenderaan bermotor

3- Penjanaan Kuasa
Malaysia antara negara yang sedang meningkat naik dalam mengejar arus permodenan pada masa ini. Justeru itu, industri penjanaan kuasa akan berkembang dengan pesat dan akan dipertingkat lagi bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi negara yang maju. Disini anda perlu tahu pada kebiasaannya penjanaan kuasa akan melibatkan penjanaan kuasa eletrik. Penjanaan kuasa elaktrik mempunyai hubungan yang amat rapat dengan penghasilan daripada membakar api fosil seperti arang batu, minyak dan juga gas asli.
4- Alam sekitar
Penggunaan tenaga seperti penggunaan mesin atau perkakas elektrik seperti peti sejuk atau penghawa dingin mampu membebaskan cecair klorofluorokarbon (CFC) ke udara. Klorofluorokarbon(CFC) adalah sejenis bahan atau tenaga yang mampu menyebabkan lapisan ozon di ruang armosfera semakin nipis. Kesannya apabila lapisan ozon nipis ini akan menyebabkan sinaran U-V daripada matahari membuat manusia mengalami penyakit kulit seperti kanser kulit. Peralatan aktiviti harian yang lain seperti ubat nyamuk atau penyembur serangga juga mampu menipiskan lapisan ozon ini kerana ia menpunyai bahan seperti aerosol. Sebagai manusia kita juga perlu memikirkan keadaan sekeliling dan menjaganya dengan baik agar ia mampu menjamin sesebuah masyarakat dapat mengecapi kehidupan yang lebih selamat dan bersih.
5- Pembakaran Terbuka

Kesan-Kesan Pencemaran Udara
Manusia

- Kesan yang akan manusia hadapi paling penting sekali adalah melibatkan penafasan manusia. Bahan-bahan yang telah mencemarkan udara juga mampu menyebabkan inflamasi fungsi paru-paru dan keupayaan bergerak seperti asap, habuk, kabus dan wap-wap mampu menghalang penglihatan mata dan sekaligus menyumbang dalam peningkatan statistik kemalangan
Tumbuhan

- Tumbuhan juga tidak akan terlepas menerima nasib yang sama dengan manusia. Kesannya tumbuhan akan mengalami kerosakan seperti neorosis(keguguran daun), klorosis(pertukaran warna) dan pertumbuhan yang terbantut akan terhasil dan menyebabkan krisis kekurangan sumber makanan yang berasaskan tanaman jagung, barli atau padi sekaligus mengganggu sumber pendapatan ekonomi pada sesebuah negara.
Haiwan
- Selain manusia dan tumbuhan, haiwan juga tidak terlepas daripada kesan pencemaran udara. Habitat haiwan yang semulajadi akan terancam atau pupus disebabkan pencemaran udara. Ini kerana udara yang memasuki sistem penafasan haiwan akan menyebabkan penyakit. Haiwan juga akan mati disebabkan memakan sumber tumbuhan yang telah tercemar yang berpunca daripada pencemran udara.
Bahan
- Kesan pada bahan pula akan berlakunya kerosakan daripada kesan pencemaran udara seperti habuk atau debu-debu yang berterbangan melekat pada pakaian, dinding bangunan, kenderaan dan sebagainya. Gejala ini terhasil daripada zarah-zarah halus yang kotor dan juga membahayakan masyarakat. Ini juga mampu menjadi punca hakisan logam yang melibatkan pencemaran udara yag terdiri daripada bahan jenis dioksida yang berada di udara.
Lapisan Ozon
- Tidak dinafikan lagi pencemaran udara akan menyebabkan pemanasan global dan sekaligus akan mengubah suhu iklim dunia. Ini akan menyebabkan lapisan ozon akan semakin menipis ia mampu memberi ruang pada matahari melepaskan sinaran U-V secara terus di permukaan bumi. Sinaran U-V mampu memyebabkan manusia mengalami penyakit kulit seperti kanser kulit. Pancaran matahari juga mampu menyebabkan ketulan ais di kutub bumi akan mencair sekaligus mampu menaikkan paras air laut dan ekosistem yang tidak seimbang akan berlaku.

Posted by : Muhammad Arif Bin Mat Ishak ( 207540 )
0 comments:
Post a Comment