Pengenalan
Sektor perindustrian di Malaysia berkembang amat pesat dari hari ke hari. Kilang getah, kelapa sawit, tekstil dan bermacam-macam lagi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun begitu, pencemaran yang disebabkan oleh pembangunan sektor ini juga sering berlaku seiring dengan pertumbuhan perindustrian yang berlaku. Sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit mentah dunia, Malaysia perlu sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk mengawal pencemaran yang berlaku di sektor ini khasnya dan sektor-sektor perindustrian lain sejajar dengan arus perkembangan teknologi yang sentiasa berkembang.
Punca-punca pencemaran
Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu, punca-punca lain adalah penggunaan baja kimia dan secara berlebihan, penebangan pokok-pokok secara berleluasa, pembakaran terbuka, pembebasan gas-gas kimia, pengeluaran dan pembuangan sisa-sisa toksik.
emanasan air secara ini disifatkan sebagai pencemaran terma. Salah satu kesan langsung daripada pencemaran terma ialah kematian ikan kerana kekurangan oksigen akibat daripada perubahan suhu air di kawasan itu secara mendadak. Terdapat juga hidupan yang terpaksa beradaptasi terhadap perubahan suhu ini dan akan terus tinggal di kawasan ini manakala haiwan yang tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan berpindah ke kawasan lain. Manakala haiwan yang tidak dapat bergerak dengan pantas dan tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan mati.Selain itu pembaik tanih digunakan untuk tanah yang dialirkan untuk mengubah sifat fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan meluasnya. Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke air tanah dan apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan dihanyutkan oleh air ke dalam sungai. Justeru itu, sumber pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan Sungai Melaka.
Langkah-langkah mengatasi
Organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Pendidik harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral bagi memupuk sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.
Sebagai seorang individu, kita hendaklah bijak memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan . Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

0 comments:
Post a Comment