Tuesday, August 03, 2010

PEMANASAN GLOBAL

Pengenalan


Pemanasan global adalah adanya proses peningkatan suhu rata-rata atmosfera, laut, dan daratan Bumi. Suhu rata-rata global pada permukaan Bumi telah meningkat selama seratus tahun terakhir. Sebagian besar peningkatan suhu rata-rata global sejak pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui kesan rumah kaca. Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian, hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan. Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia.



Definisi

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon ( CFC ). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Proses-proses yang menyebabkan pemanasan global ialah :-

Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan


1) Jerebu

Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.


Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia


2) Penipisan lapisan ozon

Klorofluorokarupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti kanser kulit dan katarak mata.


Suhu bumi akan meningkat


3) Kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.


Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya


4) Pulau haba bandar

Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia


5) Hujan asid

Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.


Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang


6) Kemarau

Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhna ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.


Punca pemanasan global


Pemanasan Global didorong oleh aktiviti manusia yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut di seluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau di dunia bakal tenggelam selamanya jika air laut terus meningkat. Selain itu, pemanasa global juga menyebabkan fenomena lain seperti kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku di beberapa bahagian bumi.

Menurut Ahli kaji Iklim, menyatakan bahawa pemanasasn global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau. Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba atmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

Aktiviti utama manusia yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku ialah pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli. Pembakaran ini kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elekrik. Bahan api fosil ini membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera. Sebab yang kedua ialah pembersihan hutan dan tanah. Hal ini terjadi kerana tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah yang berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau kerana tumbuhan semakin kurang menggunakan karbon dioksida untuk proses fotosintesis. Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang berlebihan juga merupakan penyumbang kepada pemanasan global ini.



Kesan Pemanasan Global


Pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya antaranya ialah pencemaran hidupan laut, perubahan habitat, kerosakan cuaca,peningkatan paras laut, ancaman kepada kesihatan manusia dan perubahan tuaian makanan. Pemanasan global ini menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang dan sekaligus mengancam hidupan laut.

Selain daripada itu, perubahan cuaca daripada panas ke sejuk dan sebaliknya akan menyebabkan hidupan di muka bumi ini akan berpindah ke habitat atau ke lokasi yang lain dan akan membuatkan habitat tersebut tidak selesa dengan kehidupan mereka. Keadaan suhu yang terlampau panas akan membawa kemusnahan dan menyebabkan perubahan bentuk taburan hujan berubah sama sekali. Hal ini akan menyebabkan banjir, kemarau yang panjang, taufan dan ribut tropika.

Peningkatan paras laut juga merupakan kesan yang paling berbahaya. Hal ini terjadi kerana suhu yang panas secara berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais dann membawa kepada peningkatan suhu air laut serta akan menyebabkan kawasan pantai mengalami banjir, hakisan tanah, kehilangan tanah lembap dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.


Apabila suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari, maka ianya turut mengancam kesihatan manusia secara sedikit demi sedikit. Antara penyakit yang dihidapi oleh manusia kesan daripada pemanasan ini ialah katarak mata, kanser kulit dan juga manusia terdedah kepada kematian.


Langkah-langkah mengatasi pemanasan global


Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Para-para saintis dan pengkaji iklim juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menghadkan penggunaan karbon dioksida dan menghalang karbon dioksida daripada memasuki ruang atmosfera. Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu diganti dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.

Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin kesejahteraan bersama.




Posted by : Mazuana Binti Kasim ( 207534 )


PENCEMARAN DARAT


Pencemaran Tanah


Definisi

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.

Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.


Aktiviti perlombongan



Kesan-Kesan Pencemaran Tanah


1) Tanah Beracun


Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.


ii) Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit


Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.


iii) Pencemaran tanah


Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

iv) Tanah Gersang

Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.

v) Membunuh Haiwan Bawah Tanah


Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.


vi) Hakisan Tanah

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.


Langkah-langkah penyelesaian


Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan dibuat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .

Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

  1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun.
  2. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan.
  3. Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya.
  4. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses.

Aktiviti pembalakan



Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .


Penutup


Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.


Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.


Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi.


Kesimpulan


Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.



POSTED BY MUHAMAD ZULFADLI BIN AHMAD PAUZI (207368)

Monday, August 02, 2010

PENCEMARAN UDARA


Pendahuluan



Semula jadinya, bumi semenangnya menerima segala bebanan pencemaran udara yang telah dicemarkan oleh sikap manusia yang tanpa memikirkan keburukan tentang pencemaran. Selain itu juga, bumi juga boleh tercemar dari kejadian alam semula jadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan yang berpunca dari panahan petir dan sebagainya. Pada hakikatnya, bumi sebenarnya mempunyai cara semula jadi untuk menandatangani segala percemaran namun tidak dapat dibendung lagi.

Ini kerana sikap manusia yang angkuh dan taksub untuk mengejar keuntungan dan juga hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku apabila mengabaikan tannggungjawab menjaga alam sekitar. Manusia menjalankan aktiviti perindustrian yang menjadi elemen yang paling dalam menyumbang pencemaran udara. Pelbagai punca yang boleh memyebabkan wujudnya isu pencemaran udara. Sebenarnya, pencemaran udara terhasilnya dari bahan yang berkaitan dengan bahan biologi, zarah jirim atau bahan kimia.

Pencemaran boleh dikelaskan kepada dua bahagian. Ia boleh dikenali sebagai pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran udara pada kebiasaanya melibatkan perkara yang berkaitan dengan sumber gas atau bahan-bahan kimia yang telah dilepaskan ke ruang uadara dengan sewenang-wenangya tanpa memikirkan kesan disebaliknya.


i) Pencemaran primer

Pencemaran Primer adalah satu pencemaran yang telah dihasilkan melalui sulfur monoksida dan karbon monoksida daripada satu tindakan pembakaran yang tidak lengkap. Justeru itu, ini menyebabkan segala zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan sekaligus telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pada kebiasaanya, punca pencemaran primer ini berlaku daripada tindakan yang melibatkan ekzos kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas dan lori.

ii) Pencemaran skunder

Pencemaran sekunder adalah satu pencemaran yang dihasilkan melalui tindak balas dari sulfur dioksida yang bercantum dengan wap-wap air yang berada diudara. Pencemaran sekunder ini selalunya terjadi apabila sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida ia memerlukan karbon monoksida dan juga sulfur monoksida kedua-dua bahan ini juga terdapat dari pencemaran primer. Sebagai contoh apabila sulfur monoksida, sulfur dioksida dan wap air bergabung ini akan menwujudkan satu lagi unsur yang lain iaitu unsure asid sulfurik. Anda sedia maklum bahawasannya asid akan memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan manusia.



Punca-Punca Penyumbang Terhadap Pencemaran Udara.


Sudah menjadi kebiasaanya pada setiap masalah yang berlaku pastinya ada punca atau penyumbang yang telah menimbulkan sesuatu masalah tersebut. Sudah pastinya isu pencemaran udara ini tidak terlepas juga daripada membincangkan punca-puncanya, dari mana ia berlaku, salah siapa, siapa yang bertanggungjawab dalam kemelut pencemaran ini. Jadi disini saya akan berkongsi bersama-sama anda dari mana datangnya punca-punca sehingga berlaku pencemaran udara. Punca-punca pencemaran udara, antaranya:


1- Aktiviti Perindustrian Dan Pembangunan


Tidak dapat dinafikan bahawasanya Malaysia adalah salah sebuah yang pesat tetapi jangan pula kita lupa apabila peningkatan aktiviti perindustrian dan pembangunan mampu juga menjadi penyumbang utama dalam kemelut pencemaran udara. Sering kita tahu bahawa ekonomi Malaysia bergantung kepada perindustrian pembuatan seperti bahan elektronik, getah dan juga sumber-sumber yang melibatkan bahan kimia dan secara tidak langsung ia akan menambahkan lagi pencemaran.


2- Kenderaan bermotor


Dari zaman ke zaman kita semua tidak lari daripada menbincangkan isu arus pemodenan dunia yang melibatkan pengangkutan. Pada dunia yang semakin moden ini, hampir setiap masyarakat menggunakan pengangkutan pada setiap hari untuk melakukan aktiviti harian. Tapi kita perlu ingat bahawa asap yang terhasil daripada kenderaan juga menjadi punca dan penyumbang utama dalam pencemaran udara. Hampir kesemua kenderaan yang bermotor akan menggunakan tenaga yang banyak dan majoritinya akan dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, sekaligus mampu menghasilkan bunyi bising dan asap yang akan kesan negatif pada masyarakat setempat.


3- Penjanaan Kuasa

Malaysia antara negara yang sedang meningkat naik dalam mengejar arus permodenan pada masa ini. Justeru itu, industri penjanaan kuasa akan berkembang dengan pesat dan akan dipertingkat lagi bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi negara yang maju. Disini anda perlu tahu pada kebiasaannya penjanaan kuasa akan melibatkan penjanaan kuasa eletrik. Penjanaan kuasa elaktrik mempunyai hubungan yang amat rapat dengan penghasilan daripada membakar api fosil seperti arang batu, minyak dan juga gas asli.


4- Alam sekitar


Penggunaan tenaga seperti penggunaan mesin atau perkakas elektrik seperti peti sejuk atau penghawa dingin mampu membebaskan cecair klorofluorokarbon (CFC) ke udara. Klorofluorokarbon(CFC) adalah sejenis bahan atau tenaga yang mampu menyebabkan lapisan ozon di ruang armosfera semakin nipis. Kesannya apabila lapisan ozon nipis ini akan menyebabkan sinaran U-V daripada matahari membuat manusia mengalami penyakit kulit seperti kanser kulit. Peralatan aktiviti harian yang lain seperti ubat nyamuk atau penyembur serangga juga mampu menipiskan lapisan ozon ini kerana ia menpunyai bahan seperti aerosol. Sebagai manusia kita juga perlu memikirkan keadaan sekeliling dan menjaganya dengan baik agar ia mampu menjamin sesebuah masyarakat dapat mengecapi kehidupan yang lebih selamat dan bersih.


5- Pembakaran Terbuka


Tidak dinafikan pembakaran terbuka juga mampu menjadi penyumbang kepada pencemaran udara yang semakin kritikal pada akhir-akhirnya. Sebagai contoh ada ada pihak membakar hutan untuk dijadikan projek penanam semula. Ini sebagai zahirnya adalah baik pada pandangan mata kasar manusia. Tetepi hakikat disebaliknya ini adalah satu aktiviti yang mampu menjadi punca pada pencemaran udara dengan membakar hutan.


Kesan-Kesan Pencemaran Udara

Manusia
  • Kesan yang akan manusia hadapi paling penting sekali adalah melibatkan penafasan manusia. Bahan-bahan yang telah mencemarkan udara juga mampu menyebabkan inflamasi fungsi paru-paru dan keupayaan bergerak seperti asap, habuk, kabus dan wap-wap mampu menghalang penglihatan mata dan sekaligus menyumbang dalam peningkatan statistik kemalangan
Tumbuhan
  • Tumbuhan juga tidak akan terlepas menerima nasib yang sama dengan manusia. Kesannya tumbuhan akan mengalami kerosakan seperti neorosis(keguguran daun), klorosis(pertukaran warna) dan pertumbuhan yang terbantut akan terhasil dan menyebabkan krisis kekurangan sumber makanan yang berasaskan tanaman jagung, barli atau padi sekaligus mengganggu sumber pendapatan ekonomi pada sesebuah negara.
Haiwan
  • Selain manusia dan tumbuhan, haiwan juga tidak terlepas daripada kesan pencemaran udara. Habitat haiwan yang semulajadi akan terancam atau pupus disebabkan pencemaran udara. Ini kerana udara yang memasuki sistem penafasan haiwan akan menyebabkan penyakit. Haiwan juga akan mati disebabkan memakan sumber tumbuhan yang telah tercemar yang berpunca daripada pencemran udara.

Bahan

  • Kesan pada bahan pula akan berlakunya kerosakan daripada kesan pencemaran udara seperti habuk atau debu-debu yang berterbangan melekat pada pakaian, dinding bangunan, kenderaan dan sebagainya. Gejala ini terhasil daripada zarah-zarah halus yang kotor dan juga membahayakan masyarakat. Ini juga mampu menjadi punca hakisan logam yang melibatkan pencemaran udara yag terdiri daripada bahan jenis dioksida yang berada di udara.

Lapisan Ozon

  • Tidak dinafikan lagi pencemaran udara akan menyebabkan pemanasan global dan sekaligus akan mengubah suhu iklim dunia. Ini akan menyebabkan lapisan ozon akan semakin menipis ia mampu memberi ruang pada matahari melepaskan sinaran U-V secara terus di permukaan bumi. Sinaran U-V mampu memyebabkan manusia mengalami penyakit kulit seperti kanser kulit. Pancaran matahari juga mampu menyebabkan ketulan ais di kutub bumi akan mencair sekaligus mampu menaikkan paras air laut dan ekosistem yang tidak seimbang akan berlaku.





Posted by : Muhammad Arif Bin Mat Ishak ( 207540 )

PENCEMARAN BUNYI



Pengenalan


Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga.

Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa individu tersebut.


Definisi

Bunyi boleh diterangkan secara fizik yang bermaksud getaran dalam udaara atau atmosfera yang diterima masuk dalam telinga. Manakala kebisingan pula bermaksud bunyi yang tidak dikehendaki ramai. Jadi boleh dikatakan pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang boleh menggangg aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau hidupan.


Sumber-sumber pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi boleh didapati di mana-mana sahaja. Kebanyakan bunyi dihasilkan oleh manusia. Namun terdapat juga sumber pencemaran ini berpunca daripada alam semulajadi. Antara contoh-contoh pencemaran bunyi ialah bunyi petir. Bunyi petir merupakan sumber bunyi yang paling kuat uang dihasilkan oleh alam semulajadi. Walaubagaimanapun, sumber pencemaran daripada alam sekitar ini jarang berlaku malah ianya juga sukar dibendung. Sumber-sumber yang dihasilkan oleh manusia yang penting untuk dibendung kerana ianya paling kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, bunyi yang dihasilkan melalui alat pengangkutan seperti kenderaan bermotor dan kapal terbang. Sumber-sumber pencemaran bunyi tersebut kerap berlaku dan ianya sering mengganggu kehidupan seharian kita terutama sekali ketika kita ingin berehat atau tidur di waktu malam.

Bunyi boleh bergerak dari satu sumber ke satu media atau mengikut arah pergerakan yang berlainan. Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan rumah kediaman yang berdekatan dengan kawasan pembinaan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman. Contohnya sumber bunyi dari sebuah mesin basuh tersebut boleh berpindah dari satu bangunan yang bertingkat ke bangunan bertingkat yang lain melalui medium udara, dari pelbagai cara seperti dari tingkap yang terbuka, koridor dan lain-lain. Bunyi tersebut boleh dipindah melalui getaran. Mesin basuh yang bersentuhan dengan dinding atau lantai dapat menyebarkan bunyi tersebut kepada kawasan yang berhampiran.


Antara punca-punca lain pencemaran bunyi adalah :



i) Pembangunan kawasan industri
  • bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain



ii)
Kawasan petempatan
  • bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.



iii)
Kenderaan
  • kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga


iv) Aktiviti masyarakat
  • mendengar radio/ televisyen dengan kuat.



v)
Kuari
  • bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu


Klasifikasi pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi boleh didapati melaui tahap yang berbeza mengikut perbezaan kawasan seperti di kawasan bandar, tahap kebisingan adalah berbeza seperti tahap kebisingan di luar bandar. Hal ini berlaku kerana kawasan bandar lebih terdedah kepada arus permodenan dan terdapat berjuta-juta kenderaa di atas jalan raya yang beroperasi setiap hari denganmengeluarkan bunyi yang berbeza. Selain daripada itu, pembangunan yang dijalankan di kawasan bandar lebih ketara berbanding di luar bandar dan ini menyebabkan kadar kebisingan di bandar meningkat. Secara ringkasnya, pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

  • Kebisingan selanjar
    -
    ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Contohnya di kawasan kampung.

  • Kebisingan fluktasi
    -
    Kebisingan fluktasi ialah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini, getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya ialah bunyi enjin kenderaan dan individu yang sedang bercakap.

  • Hentakan impuls
    - Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya ialah tembakau, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaanyya tahap ini menyebabkan getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

  • Kebisingan selang-seli
    - Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ialah ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.


Kesan pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi memberikan kesan yang negatif kepada manusia secara berbeza dan bergantung kepada individu tersebut. Secara amnya, kesan kepada pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada dua bahagian :


1. Kesan ke atas pendengar

2. Kesan ke atas psikologi



1. Kesan ke Atas Pendengar


Selepas didedahkan kepada tahap 80 dB ke atas dalam jangka masa 0.02 – 0.05 saat, otot-otot telinga akan mengawal reaksi daripada telinga. Jika individu tersebut terus didedahkan kepada keadaan sebegitu selepas 15 minit, otot telinga tersebit akan mula bertenang dan menjadi kurang tegang. Otot- otot telinga tersebut akan mula bertenang selama beberapa saat selepas kebisingan tersebut berhenti. Tetapi, jika telinga terus terdedah kepada kebisingan yang tinggi, pada kebiasaannya telinga kita akan kehilangan pendengaran dengan kadar yang sedikit dan ia terus akan sentiasa berbunyi di dalam telinga. Dengan ini ia mengurangan julat pendengaran individu. Dengan ini individu tersebut tidak dapat membezakan bunyi konsonan seperti f, u, s, z, th, ch, dan sh. Deria pendengaran manusia dapat bertindak sebagai suatu mekanisme pertahanan diri pada keadaan kecemasan. Apabila manusia mendengar bunyi yang negatif seperti daripada harimau atau tanah runtuh, badannya akan bertindak secara fisiologi dengan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah untuk menghadapi kecemasan ini, iaitu sama ada untuk melarikan diri atau berlawan dengan musuh. Bukan semua bunyi bersifat negatif. Tetapi, jika manusia didedahkankan kepada bunyi positif seperti aliran air, desiran angin, nyanyian burung ini dapat memberi kesan manfaat kepada manusia.


2. Kesan Ke Atas Psikologi


Pencemaran bunyi akan memberi kesan yang nyata kepada psikologi dan minda manusia

a) Gangguan percakapan
  • Pendedahan kepada kebisingan yang berterusan akan mengganggu kebolehan kita untuk berkomunikasi. Ini adalah disebabkan oleh kecederaan pendengaran dan ini boleh mengganggu percakapan seseorang.

b)
Gangguan mental
  • Gangguan mental terhasil dari reaksi daripada kesan pencemaran bunyi tersebut. Setiap individu mempunyai tahap kebisingan yang tertentu yang menyebabkan individu tersebut berasa kurang selesa. Sebagai contoh, bunyi bising yang dihasilkan pada waktu malam, akan lebih mengganggu mental manusia berbanding waktu siang

c) Gangguan tidur
  • Kesan kepada gangguan tidur, merupakan kesan utama yang mengganggu kehidupan manusia seharian. Jika terdapat bunyi yang ganjil ataupun kebisingan yang melampau pada ketika itu, setiap individu akan terkejut dan terjaga dari dari tidur. Kesan dari kebisingan tersebut, otot yang melibatkan vasokonstriksi kapilari darah periferi dan menyebabkan pengurangan pengaliran darah. Keadaan ini akan menyebabkan anak mata membesar, kulit menjadi pucat, pengurangan rembesan gastrik, peningkatan tekanan darah diastol dan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah yang akan meningkatkan ketegangan saraf dan otot, kegelisahan, mudah tersinggung, dan kebimbangan.


Cara mengawal pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh alam semulajadi sukar untuk dikawal, tetapi terdapat cara untuk mengawal pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Terdapat dua cara pada ketika ini digunakan untuk mengawal pencemaran bunyi iaitu penguatkuasaan undang-undang dan kawalan secara teknikal.


a) Penguatkuasaan Undang-Undang.

  • Melalui penguatkuasaan undang-undang, banyak sumber-sumber pencemaran bunyi dapat dikurangkan. kebanyakan negara menggunakan undang-undang tersebut untuk mengurangkan pencemaran bunyi yang semakin berleluasa terutamanya pencemaran bunyi dari kenderaan bermotor. Undang-undang tersebut juga ada digunakan di Malaysia. Ia meliputi kenderaan bermotor, penerbangan tempatan, kualiti alam sekeliling, kilang dan jentera dan lain-lain. Melalui undang-undang tersebut, sesebuah negara dapat mengurangkan secara tidak langsung kuantiti pencemaran bunyi kepada kadar yang lebih minimum sekaligus dapat mengurangkan risiko kesan pencemaran tersebut kepada manusia.

b) Kawalan Secara Teknikal.

  • Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam kawalan secara teknikal. Teknologi yang semakin membangun pada masa kini dapat mengurangkan atau menyingkirkan bunyi. Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di jalan raya, penggunaan halangan bunyi, mengehadkan kelajuan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk, menukar tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar dan lain-lain. Dengan kemajuan teknologi yang semakin maju, bunyi bising dari kapal terbang juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk enjin jet yang lebih senyap. Ini dapat mengurangkan tahap bising untuk penduduk yang menetap berhampiran di kawasan lapangan terbang. Kebisingan hasil dari kawasan perindustrian juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk semula peralatan perkilangan, memasang sistem penggantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.


Kesimpulan


Pencemaran bunyi banyak menggangu persekitaran hidup manusia seharian. Dalam era yang serba maju ini, terdapat pelbagai cara untuk seseorang individu tersebut mendapat kesan hasil dari pencemaran bunyi tersebut. Walaupun terdapat cara-cara untuk mengatasinya, manusia sendiri perlu sedar tentang kepentingan bunyi kepada kehidupan manusia dan kita perlu bersama-sama berusaha untuk membendungnya.


Posted by : Abd Hafiz Bin Abd Majid ( 207373 )